Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Kampung Tanjung Genting merupakan sebuah kawasan perkampungan yang terletak berhampiran kawasan pesisir pantai. Jarak kampung ini dari Daerah Mersing adalah sejauh 10km.

Kampung Tanjung Genting ini terletak di bawah Mukim Tenglu dan berhadapan dengan Pulau Setindan.

Di pesisiran pantai terdapat tanah yang menganjur ke laut sepanjang 100 meter dan mempunyai lebar keluasan 120 meter. Keaadan struktur ini dipanggil Tanjung dan disebalik tanjung ini terdapat teluk–teluk yang genting. Dari keadaan inilah terciptalah nama kampong ini dengan gelaran Kampung Tanjung Genting. Sebelum ini Kampung ini telah diberi nama Kampung Makam Laut sebelum ditukarkan kepada Kampung Tanjung Genting.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017



Sambutan Maulidu Rasul 2016

17 Disember 2016| Aktiviti Terkini

Pada bulan ini, pihak PI1M telah menyertai AJK Surau Kg. Tanjung Genting bagi menjayakan program sambutan maulidur rasul peringkat kampung. Program ini bertujuan bagi mengingati perjuangan junjungan Nabi Muhammad SAW serta beramah mesra bersama penduduk kampung Tanjung Genting.


AKTIVITI GOTONG-ROYONG BERSAMA PENGUNJUNG PI1M

25 November 2016| Aktiviti Terkini

Pada setiap bulan pihak Pi1M akan mengadakan aktiviti kepada semua pengunjung yang hadir. Pada bulan November ini, pihak PI1M telah mengadakan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan sekitar balairaya. Aktiviti ini bertujuan bagi mengemaskan lagi kawasan dengan kerja-kerja pembersihan agar premis bersih dan selesa untuk dikunjungi.


SUKANEKA BERSAMA PENGUNJUNG PI1M

22 Oktober 2016| Aktiviti Terkini

Pada setiap bulan pihak Pi1M akan mengadakan aktiviti kepada semua pengunjung yang hadir. Pada bulan Oktober ini, kami memilih hujung minggu untuk mengadakan aktiviti sukaneka. Ini bagi mengisi masa lapang pengunjung yang datang dan juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pengunjung setempat dengan staff Pi1M Tg Genting.


SUKANEKA BERSAMA PENGUNJUNG PI1M

24 September 2016| Aktiviti Terkini

Pada setiap bulan pihak Pi1M akan mengadakan aktiviti kepada semua pengunjung yang hadir.Pelbagai aktiviti yang kami lakukan pada setiap bulan.Dan pada bulan September ini kami memilih hujung minggu untuk mengadakan aktiviti sukaneka.Ini bagi mengisi masa lapang pengunjung yang datang dan juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pengunjung setempat dengan staff Pi1M Tg Genting.Memandangkan Pi1m Tg Genting berada di kawasan pantai jadi kami memilih aktiviti ini diadakan di pantai Tg Genting.

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak 2016.

Berita Terkini

Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama JAKIM telah menganjurkan ‘Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak’ bertujuan mewujudkan penglibatan aktif dari masyarakat dalam menyelami mesej-mesej utama advokasi khususnya penggunaan internet secara positif dari sudut pandangan Islam.


AKTIVITI BERSAMA PENGUNJUNG PI1M

27 Ogos 2016| Aktiviti Terkini

Sempena bulan kemerdekaan ini pihak PI1M telah menganjurkan program bersesuaian dengan tema kemerdekaan bagi memupuk semangat cintakan tanah air di kalangan pengunjung PI1M disini.


Aktiviti Bersama Pengguna Pi1m

23 Julai 2016| Aktiviti Terkini

Program ini adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dan mengisi masa lapang pengunjung. Program sebegini dapat menguji minda peserta.



PROGRAM KERJA AMAL MENGECAT TEMBOK PAGAR PI1M TG. GENTING

27 April 2016| Aktiviti Terkini

Program kali ini adalah untuk mengeratkan silaturahim antara penduduk kampung Tanjung Genting, Kelab NGO (EOCM) dan juga PI1M. Antara aktiviti yang di jalankan adalah membersihkan kawasan PI1M, mengecat tembok pagar dan juga jamuan minum petang.



PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR OLEH PELAJAR TADIKA KEMAS TG GENTING

27 April 2016| Aktiviti Terkini

Program kali ini adalah mengalu-alukan kehadiran lawatan sambil belajar oleh pelajar Tadika Kemas Kg Tg Genting Antara aktiviti yang di jalankan taklimat KDB, Pengenalan tentang PI1M, penyampaian cenderahati, jamuan makan dan bersurai


PROGRAM BERSAMA PENGGUNA PI1M TANJUNG GENTING

23 Mac 2016| Aktiviti Terkini

Program kali ini adalah mengalu-alukan kehadiran pengguna PI1M untuk memeriahkan program bulanan. Antara aktiviti yang di jalankan adalah Puzzle Huru Hara, Cari barang tersembunyi, Puzzle online,Coloring math dan mewarna online.


Lawatan sambil belajar oleh pelajar, Ibu bapa dan Guru PDK Kg Tg Genting

28 Febuari 2016| Aktiviti Terkini

PI1M Tg genting berbesar hati menerima kunjungan pelajar, ibu bapa dan guru PDK Tg Genting. Mereka diberi pengenalan tentang PI1M, Pengenalan asas komputer, melawat bilik latihan dan kawasan Pi1M. Pelajar dari PDK diberi peluang untuk menggunakan komputer dan bermain permainan mewarna online. Dengan adanya program seperti ini, ia dapat mendedahkan penggunaan komputer kepada golongan istimewa selain dapat mengeratkan silaturrahim diantara satu sama lain.

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif

Berita Terkini

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan . Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.


PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KAMPUNG TANJUNG GENTING

9 Januari 2016 | Aktiviti Terkini

Program kali ini adalah sempena majlis Sambutan Maulidur Rasul bersama penduduk kampung Tanjung Genting.
Antara aktiviti yang di jalankan adalah ketibaan tetamu , Ketibaan tetamu VVIP dan VIP, Bacaan Al- quran dan tafsir dari pelajar Tahfiz, Ucapan Pengerusi Surau dan Ketua Kampung, Ceramah dari Ustaz Badrul Amin, Cabutan Bertuah, Anugerah Tokoh Maulidur Rasul dan jamuan makan.