Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Kampung Tanjung Genting merupakan sebuah kawasan perkampungan yang terletak berhampiran kawasan pesisir pantai. Jarak kampung ini dari Daerah Mersing adalah sejauh 10km.

Kampung Tanjung Genting ini terletak di bawah Mukim Tenglu dan berhadapan dengan Pulau Setindan.

Di pesisiran pantai terdapat tanah yang menganjur ke laut sepanjang 100 meter dan mempunyai lebar keluasan 120 meter. Keaadan struktur ini dipanggil Tanjung dan disebalik tanjung ini terdapat teluk–teluk yang genting. Dari keadaan inilah terciptalah nama kampong ini dengan gelaran Kampung Tanjung Genting. Sebelum ini Kampung ini telah diberi nama Kampung Makam Laut sebelum ditukarkan kepada Kampung Tanjung Genting.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017



Makan Malam Perhimpunan NGO Mersing

25 Disember 2015 | Aktiviti Terkini

Program kali ini adalah sempena majlis Makan Malam Bersama Badan NGO Daerah Mersing
Antara aktiviti yang di jalankan adalahketibaan tetamu , Ketibaan tetamu VVIP dan VIP, Gimik Perasmian, UCapan Perasmian, Persembahan SIlat dan nyanyian dari Band Mersing Busker dan makan malam.


PROGRAM CERGAS AKTIF SIHAT

16 November 2015 | Aktiviti Terkini

Program kali ini adalah sempena menyahut seruan gaya hidup sihat dengan berjalan 10 000 langkah
Antara aktiviti yang di jalankan adalah zumba, berjalan 10 000 langkah, sukameka, penyampaian hadiah, cabutan bertuah, dan pemeriksaan kesihatan percuma


PROGRAM AKHIR TAHUN TADIKA KEMAS TG GENTING

16 November 2015 | Aktiviti Terkini

Program kali ini adalah sempena majlis tandatangan buku penyata pelajar tadika kemas tg Getnting Antara aktiviti yang di jalankan adalah pertandingan mewarna, Puzzle ABC, Carton Puzzle, Tiup Belon Paling besar dan bola beracun.


Program Pinjam Netbook Komuniti.

Berita Terkini

Program Pinjam Netbook adalah program yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Tanjung Genting Mersing Johor dimana ahli - ahli yang berdaftar dibawah Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Tanjung Genting Mersing Johor diberikan kemudahan pinjam Netbook untuk kegunaan ahli dengan syarat - syarat yang diberikan


HARI SUKAN NEGARA

10 oktober 2015 | Aktiviti Terkini

Program kali ini adalah bertujuan sempena Hari Sukan Negara dan mengumpulkan pelajar Tadika Kemas Daerah Mersing di dataran Sri Muda Tg Genting.

Antara aktiviti yang di jalankan adalah taklimat KDB bersama ibu bapa pelajar dan beberapak aktiviti sukaneka untuk kanak-kanak- tabika


PROGRAM FIESTA ART MERSING.

08 - 10 Oktober 2015 | Aktiviti Terkini

Program kali ini adalah bertujuan untuk menghimpunkan pelbagai seni seluruh Negara dan memperkenalkan seni di mata masyarakat

Antara aktiviti yang di jalankan adalah taklimat KDB bersama pelajar sekolah, Hiena Art, Seni Button badge, Fashion Design, Caligrafi, Batik canting, Pameran Lukisan dan bermacam-macam lagi. Program ini mendapat kerjasama dari MD Mersing, Pejabat Daerah Mersing, IKS Mersing, Jabatan kerajaan dan NGO Mersing.


Program Gotong Royong Tg Genting.

20 September 2015 | Aktiviti Terkini

Program kali ini adalah bertujuan untuk bergotong royong membantu penduduk kampung Tanjung Genting membaiki dan mebersihkan kawasan yang terlibat dalam bencana ribut dan angin kencang.

Antara aktiviti yang di jalankan adalah gotong royong, Lawatan dari ADUN, Ketua Wanita Umno.. Badan Kerajaan dan NGO Serta Kelab-Kelab Kereta Daerah Mersing


Program Rumah Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Tanjung Genting Mersing.

15 Ogos 2015 | Aktiviti Terkini

Program kali ini adalah bertujuan untuk merasmikan Pi1M dan ianya telah menarik minat dari pelbagai pihak untuk bekerjasama dalam aktiviti ini seperti KEMAS, Hospital Mersing, Mini Racer Tamiya, Batik Canting, IKS Mersing, car Booth sales Mersing dan banyak lagi

Antara aktiviti yang di jalankan adalah taklimat KDB, Games online untuk pelajar tadika dan sukaneka untuk semua golongan.

Matlamat utama program ini adalah untuk menghargai dan mengeratkan silaturahim antara peserta, pihak-pihak yang terlibat dan memperkenalkan PI1M.


Program bersama pengguna PI1M.

26 Julai 2015 | Aktiviti Terkini

Program kali ini adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara pekerja PI1M dan pelajar tadika kemas sebagai penghargaan kerana sentiasa bekerjasama dalam apa juga aktiviti yang dianjurkan

Antara aktiviti yang di jalankan adalah lawatan sambil belajar dari pelajar tadika Kemas tg genting dan tenglu

Matlamat utama program ini adalah untuk menghargai dan mengeratkan silaturahim antara peserta, pihak-pihak yang terlibat dan memperkenalkan PI1M.


Program bersama pengguna PI1M.

26 Jun 2015 | Aktiviti Terkini

Program bulanan bersama pengguna PI1M Tg Genting telah diadakan pada 26 jun 2015 dengan kerjasama pengguna PI1M Kg Tanjung Genting yang bertujuan merapatkan tali silaturahim





Program Gotong Royong bersama pengguna Pi1M

28 Febuari 2015 | Aktiviti Terkini

Program Gotong Royong bersama pengguna Pi1M. telah diadakan pada 28 Febuari 2015 dengan kerjasama Pengguna PI1M Kg Tanjung Genting yang bertujuan merapatkan tali silaturahim.


Majlis Sambutan Maulidur Rasul Kampung Tanjung Genting.

10 Januari 2015 | Aktiviti Terkini

Program Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan pada 10 Januari 2015 dengan kerjasama JKKK Kg Tanjung Genting, JKKK Kg. Benaung, SRS kampung Tanjung Genting, Pejabat UMNO Daerah Mersing yang bertujuan merapatkan tali silaturahim.