Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Kampung Tanjung Genting merupakan sebuah kawasan perkampungan yang terletak berhampiran kawasan pesisir pantai. Jarak kampung ini dari Daerah Mersing adalah sejauh 10km.

Kampung Tanjung Genting ini terletak di bawah Mukim Tenglu dan berhadapan dengan Pulau Setindan.

Di pesisiran pantai terdapat tanah yang menganjur ke laut sepanjang 100 meter dan mempunyai lebar keluasan 120 meter. Keaadan struktur ini dipanggil Tanjung dan disebalik tanjung ini terdapat teluk–teluk yang genting. Dari keadaan inilah terciptalah nama kampong ini dengan gelaran Kampung Tanjung Genting. Sebelum ini Kampung ini telah diberi nama Kampung Makam Laut sebelum ditukarkan kepada Kampung Tanjung Genting.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017



Program Bulanan Bersama Pengguna PI1M Kampung Tg. Genting.

21 Disember 2014 | Aktiviti Terkini

Aktiviti ini diserta Seramai 20 orang peserta iaitu Pengguna PI1M telah mengambil bahagian didalam aktiviti gotong-royong dan pertandingan yang disediakan bertujuan mengeratkan silaturrahim antara PI1M dan Pengguna - penguna PI1M.


Program Bersama Penduduk Kampung Tg. Genting.

21 November 2014 | Aktiviti Terkini

Aktiviti ini diserta Seramai 30 orang peserta iaitu murid - murid tadika kemas beserta ibu bapa telah mengambil bahagian didalam pertandingan yang disediakan seperti dibawah bertujuan mengeratkan silaturrahim antara PI1M dan murid - murid Tadika Kemas.

  • Pertandingan isi air dlm botol
  • Bawak bola pin pong dlm sudu
  • Jalan model
  • Bola beracun
  • Rebut gula-gula
  • Tiup belon


Program Sempena DiGi Smart Phone Sales.

23 Oktober 2014 | Aktiviti Terkini

Program Sempena DiGi Smart Phone Sales telah diadakan pada 23 Oktober 2014 dengan kerjasama Penduduk Kg Tanjung Genting dan kawasan sekitarnya bertujuan marapatkan tali silaturahim.


DiGi Smart Phone Sales.

23 Oktober 2014 | Berita Terkini

Assalammualaikum W. B. T , untuk makluman kepada semua pengguna PI1M ,anda di jemput untuk memeriahkan jualan DiGi Smart Phone di PI1M Tanjung Genting pada 23 Oktober 2014.Jualan terbuka kepada sesiapa sahaja.Nikmatilah pakej DiGi Prepaid Smart Plan bersama telifon pintar anda. Sekiranya anda berminat, sila hadir ke Pusat Internet 1Malaysia Tanjung Genting . Jangan lepaskan peluang ini.Sekian, Terima Kasih


Program Bulanan PI1M Bersama Murid - Murid Tadika Kemas.

24 September 2014 | Aktiviti Terkini

Aktiviti ini diserta Seramai 30 orang peserta iaitu murid - murid tadika kemas telah mengambil bahagian didalam pertandingan yang disediakan seperti dibawah bertujuan mengeratkan silaturrahim antara PI1M dan murid - murid Tadika Kemas.

  • Pertandingan Tiup Belon Sampai Pecah
  • Pertandingan Pertandingan Mewarna
  • Pertandingan Bola Beracun


Program Sempena Bulan Kemerdekaan

01 September 2014 | Berita Terkini

Assalammualaikum W. B. T , sempena bulan kemerdekaan , Pihak kami menyediakan aplikasi permainan dalam talian yang bertemakan Hari Kebangsaan Malaysia, dengan itu kami menyediakan permainan seperti yang berada seperti dibawah ini, selamat Mencuba .Sekian, Terima Kasih

  1. 1. Puzzle 1
  2. 2. Puzzle 2
  3. 3. Tic Tac Toe

Pertandingan Mencipta Poster Kempen Kesedaran E-waste MCMC 2014

01 September 2014 | Berita Terkini

Assalammualaikum W. B. T , untuk makluman kepada semua pengguna PI1M , Sukacita dimaklumkan, pihak MCMC akan mengadakan Pertandingan Mencipta Poster Kempen Kesedaran E-waste MCMC 2014. Program ini diadakan bagi mempromosikan kempen e waste yang sedang dilaksanakan oleh pihak MCMC. Pertandingan ini terbuka kepada semua Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) yang mempunyai akaun facebook Pi1M. Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:

  1. a.)Terbuka kepada kakitangan PI1M dan ahli- ahli di bawah Pi1M.
  2. b.)Setiap PI1M terhad kepada 5 penyertaan sahaja.
  3. c.)Tema poster adalah “*E-Waste”. Poster perlu memasukkan logo baru MCMC dengan kreativiti dan inovasi masing-masing.

*E-waste merupakan barangan elektrik dan elektronik yang sudah tidak mahu digunakan atau sudah rosak. Mengikut definisi Eropah e-waste ialah (Waste Electrical and Electronic Equipment (WEEE) and Restriction of Hazardous Substances (RoHS).

  1. d.) Tarikh tutup penyertaan adalah pada 19 September 2014.

Cara penyertaan



LATIHAN KEUSAHAWANAN PERCUMA UNTUK SEPANJANG MASA

01 OGOS 2014 | Berita Terkini

Assalammualaikum W. B. T , untuk makluman kepada semua yang berniaga dan bakal berniaga ,anda di jemput untuk menjalani latihan usahawan berkaitan dengan bidang anda minati dan berpeluang belajar cara meluaskan perniagaan melalui talian internet .Peluang terbuka kepada sesiapa sahaja..Kami akan melatih anda untuk menggunakan aplikasi-aplikasi komputer yang membantu anda untuk meluaskan perniagaan dengan cara yang mudah hanya menggunakan komputer/tablet dan talian internet. Sekiranya anda berminat, sila hadir ke Pusat Internet 1Malaysia Tanjung Genting untuk butiran lanjut dan pendaftaran. Jangan lepaskan peluang ini.Sekian, Terima Kasih




4WD Mini Racing 2014 Round 3 & 4

31 Mei 2014 | Aktiviti Terkini

Program 4WD Mini Racing 2014 Pusingan 3 dan 4 telah dijalankan dimana pusingan 3 adalah untuk kategori stock car manakala pusingan 4 adalah untuk kategori speed car.

RANKING KESELURUHAN SELEPAS Pusingan 3 & 4

  1. 1. Hanis Azis (Endau) – 22 mata
  2. 2. Mohd Norazale Sarkam (Valiant JB) – 19 mata
  3. 3. Abdul Latif Mohamed Yasin (Segamat) – 17 mata
  4. 4. Nuril Anwar (TGP Pontian) – 16 mata
  5. 5. Zainuddin Harun (Muadzam Rompin) – 15 mata
  6. 6. Shafiq Md Amin (TGP Pontian) – 14 mata
  7. 7. Naawa Hadirah Harris (Racer Kampung) – 12 mata
  8. 8. Muizuddin A.Mutalib (Racer Kampung) – 11 mata
  9. 9. Najib Abas (TGP Pontian) – 11 mata
  10. 10. Harris Fadzilah (Racer Kampung) – 9 mata
  11. 11. Shaiful Ranee (Racer Kampung) – 9 mata
  12. 12. Mohd Arsyad Mohd Amirruddin (Valiant JB) – 8 mata
  13. 13. Syafiq Kasim (TGP Pontian) – 7 mata
  14. 14. Mohd Ikhwan Abd Nasir (Batu Pahat) – 6 mata
  15. 15. Mohd Akmal Zainal (Racer Kampung) – 5 mata
  16. 16. Ridzuan Mohamad (Endau) - 4 mata (kelebihan hadir 3 pusingan)
  17. 17. Shazwan Azrai Abd Aziz (Valiant JB) – 4 mata
  18. 18. Mohamed Mustaqim (Bushido Kuantan) – 4 mata
  19. 19. Fikri Juhari (Bushido Kuantan) – 2 mata
  20. 20. Kamarudin Azhar (Kluang KDG) – 2 mata
  21. 21. Nurwahidah Usman ( Kluang KDG) - 2 mata
  22. 22. Mohd Salehuddin (SNA Kota Tinggi) – 2 mata
  23. 23. Mohd Haiqal Hakim (Bera) – 2 mata
  24. 24. Mohd Nasarudin Nawawi (Johor Bahru) – 2 mata
  25. 25. Dzulkiflee Ibrahim (Valiant JB) – 2 mata
  26. 26. Aznan Anuar (Muadzam Rompin) – 2 mata
  27. 27. Mohd Hafizz Ariffin (Valiant JB) – 1 mata
  28. 28. Muhd Faizal Hassan (Batu Pahat) – 1 mata
  29. 29. Abdul Hadi Nong (Kuala Rompin) – 1 mata
  30. 30. Mohd Hafiz Mohamad Yusof (Batu Pahat) – 1 mata
  31. 31. Mohd Noorazahari Che Noorani (Racer Kampung) – 1 mata
  32. 32. Zulhelmi Ali (Valiant JB) - 1 mata
  33. 33. Siti Norehan Hamdan (Racer Kampung) – 1 mata
  34. 34. Muhamad Yazid Ismail (Racer Kampung) – 1 mata
  35. 35. Fadlan Ahmaidi (Yong Peng) – 1 mata
  36. 36. Mohmad Fairus Jamil (Batu Pahat) -1 mata


KDB Dan Konvoi Amal dan Khidmat Sosial Di Mersing

12 & 13 April 2014 | Aktiviti Terkini

Program KDB Dan Konvoi Amal dan Khidmat Sosial Di Mersing mendapat kejasama daripada Pirates Johor Club, ROV, Provision Club, Band Natures Art, Band Acoustic dan SKMM Wilayah Selatan dimana program in SKMM Wilayah Selatan telah menyerahkan 5 unit netbook 1 Malaysia untuk kemudahan anak yatim di Pusat Kebajikan Anak Yatim Islam Mersing (PKAYI) dan Konvoi yang terlibat menyerahkan bantuan seperti beras, gula dan sebagainya. Majlis ini turut dimeriahkan oleh Kumpulan Band Acoustic dan Nature Arts.


Klik Dengan Bijak Dan Sukaneka bersama pelajar Tadika Kemas Kg Tg Genting

20 Mac 2014 | Aktiviti Terkini

Aktiviti ini diserta Seramai 30 orang peserta iaitu murid - murid tadika kemas telah mengambil bahagian didalam pertandingan yang disediakan seperti dibawah bertujuan mengeratkan silaturrahim antara PI1M dan murid - murid Tadika Kemas.

  • Pertandingan Tiup Belon Sampai Pecah
  • Pertandingan Rebut gula-gula
  • Pertandingan Bola Beracun