Kelas ICT Bersama Pejabat Agama Mersing

16 - 17 Oktober 2017 | Isnin - Selasa
8.30 pagi – 5.00 petang | Pusat Internet 1Malaysia Kampung Tanjung Genting Johor

Tujuan:
• Mengeratkan hubungan silaturrahim staff PI1M Tg Genting dengan staff pejabat agama.
• Membantu peserta untuk menggunakan komputer dengan cara yang betul.
• Memperkenalkan Pusat internet kepada masyarakat luar, penjawat awam dan badan-badan NGO.

Penglibatan:
Pengunjung program.

Kelebihan aktiviti:
• Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim kakitangan PI1M bersama dengan kakitangan pejabat agama.
• Dapat memperkenalkan PI1M Tg Genting kepada kepada kakitangan pejabat agama.
• Dapat mengajar tentang kepentingan penggunaan dengan betul di kalangan kakitangan pejabat agama.

Perlaksanaan aktiviti:
Program kelas ICT adalah bersama kakitangan pejabat agama mersing bagi memantapkan tahap pengetahuan kakitangan cara menggunakan internet dan komputer dengan cara yang betul. Program pada 16 Oktober (Isnin) bermula pada jam 8.00 pagi di Pi1M Tanjung Genting dengan pendaftaran peserta dan sedikit jamuan pagi. Selepas itu, pada pukul 8.30 pagi bermula dengan Ucapan pembukaan oleh staff Pi1m, Majlis diteruskan lagi dengan ceramah 1 dan 2, dan pada pukul 1.00 petang majlis berhenti rehat dan disambung semula pada oukul 2.30 petang untuk ceramah 3 dan program disambung pada 17 Oktober 2017 (Selasa). Program di sambung pada 17 Oktober 2017 (Selasa) pada jam 8.30 pagi untuk ceramah 4 dan 5.pada jam 1.00 petang program direhatkan dan disambung pada jam 2.30 petang untuk ceramah 6 dan tamat pada pukul 4.30 petang. Program ditamatkan pada jam 5.00 petang untuk sesi bergambar dan majlis penutup.

Aktiviti Berkaitan:
• Program ini adalah 1 program yang dijayakan bersama oleh PI1m Tg genting, PI1M Air Tawar, PI1M Tenggaroh dan PI1M Felda Nitar 02. Program dihadiri seramai 11 orang dari pejabat Agama mersing.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



kembali ke halaman utama