Tayangan Filem Kemerdekaan, Kuiz Kemerdekaan, Mewarna “SEHATI SEJIWA”

30 Ogos 2017 | Rabu
9.30 pagi – 12.30 tengahari | Pusat Internet 1Malaysia Tanjung Genting, Johor

Tujuan:
• Mengeratkan hubungan silaturrahim staff PI1M Tg Genting penduduk setempat dan memperkenalkan PI1M kepada khalayak ramai.
• Menarik minat penduduk setempat untuk datang ke PI1M Tg Genting.
• Memperkenalkan PI1M Tg Genting kepada penduduk sekitar dan menyemarakkan bulan kemerdekaan dengan program kemerdekaan.

Penglibatan:
Pengunjung program.

Kelebihan aktiviti:
• Dapat menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan pada bulan Ogos ini.
• Dapat menarik minat penduduk setempat untuk datang ke PI1M Tg Genting.
• Dapat memperkenalkan PI1M Tg Genting kepada penduduk setempat.
• Menarik lebih ramai pengunjung ke PI1M Tg Genting.

Perlaksanaan aktiviti:
Program mengenai hari kemerdekaan ini adalah untuk memupuk semangat kemerdekaan di kalangan anak- anak dan belia sekitar kampung Tanjung Genting Mersing didalam bulan kemerdekaan ini. Program pada 30 Ogos 2017(Rabu) bermula pada jam 9.30 pagi di Pusat Internet 1 Malaysia Tanjung Genting dengan pendaftaran. Selepas itu, pada pukul 10.00 pagi bermula program tayangan kemerdekaan (VIDEO KEMERDEKAAN), pada jam 10.45 pagi pula, program diteruskan dengan pertandingan kuiz kemerdekaan.Selepas itu program diteruskan dengan pertandingan mewarna dan seterusnya majlis penutup iaitu penyampaian hadiah untuk para pemenang dan jamuan ringkas. Pada pukul 12.30 selesai semua program dan majlis bersurai.

Aktiviti Berkaitan:
• Program ini adalah 1 program yang dijayakan oleh Pusat internet 1 Malaysia Tg Genting bersama anak-anak kampung dan remaja sekitar yang berumur dalam lingkungan 5 tahun keatas. (35 orang)

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



kembali ke halaman utama